|
|
|
CABAR
Lelaki
mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali
oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa
tercabar.Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani
cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI… nanti suami buat
betul-betul isteri juga yg putih mata..
Cabul
Cabul ni
bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak
malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas
pergaulan.Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat
malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua…
CELUPAR
Wanita yg
cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar.Celupar lebih kurang cabul
juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami
sehingga membuat suami jauh hati.
COMOT
Terdapat
wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu,
penampilannya yg selekeh,kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya,
isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot.
Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje… Ada isteri kata –
mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.
CEMBURU
Cemburu
perlu dalam sesuatu hubungan.Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga
pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka.
Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau
isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja.
Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah
syak yg bukan2…
CEREWET
Kata
ulama hati wanita terletak pada mulutnya.Oleh itu wanita perlu mengawal
percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya
kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak
ada air-cond aje.
CINCAI
Buat
kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai.Dr
Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak…anak dah masuk
longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi….
CUAI
Kebiasaan
lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa.
Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan
isteri masih sibuk bersiap,bersolek, mengemas.Ini akan membuatkan mereka benci
kerana situasi sebegini.
8C ini lambang
keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya.Berpelajaran tinggi belum tentu
tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa dan lalai… ada masa-masa
tertentu, mungkin juga kerana sifat suami dan keadaan sekeliling yang buat kita
mempunyai salah satu ciri-ciri 8C tu


Tiada ulasan:
Catat Ulasan