::A person that truly loves you will never let you go and sad no matter how hard the situation is::
Powered By Blogger

Jumaat, 29 Mac 2013

Petua Elak Suami Isteri Bergaduh


Hye semue,,,
Saye nak share cikit untuk para isteri dan bakal menjadi isteri suatu hari nanti,,,insya-Allah...
Para suami pun boleh jugak untuk menambahkan pengetahuan bersama...Di sini ada petua elak suami isteri bergaduh...


1. Dengar dahulu sepenuhnya apa yang pasangan anda ingin sampaikan. Kemudian baharulah anda fikir dan buat penilaian. Kebanyakan pasangan berpisah disebabkan pergaduhan yang sia – sia iaitu ada jalan penyelesaian tetapi tidak digunakan.

2. Ketika ingin mengutarakan pendapat, pastikan anda berkata- kata menggunakan nada yang rendah dan mendatar. Jangan be...rcakap dengan nada yang tinggi. Anda juga jangan memperli pasangan anda kerana ia akan memburukkan lagi suasana.

3. Ada pasangan yang hidup bahagia walaupun kehendak mereka berbeza. Ia terjadi kerana, mereka menerima pasangan mereka seadanya. Jika pasangan anda pemalas, anda perlu terima bahawa dia pemalas dahulu. Kemudian baharulah anda cuba mengubah dia dengan memberi nasihat dan kesedaran. Jika kita menerima pasangan kita seadanya, kita akan jadi lebih tenang dan selesa ketika berada dengan pasangan kita.

4. Jangan melibatkan adik beradik anda, ibu bapa anda dan ibu bapa pasangan anda dalam urusan rumah tangga anda. Dalam rumah tangga anda, hanya anda dan pasangan anda yang layak menentukan segalanya. Anda perlu tegas untuk menghalang orang luar dari terlibat dalam urusan rumah tangga anda.

5. Pastikan anda melakukan perkara yang telah dipersetujui bersama dengan pasangan anda. Jika anda berdua telah mengambil keputusan untuk berjimat cermat pada bulan ini, anda perlu kekal dengan keputusan tersebut. Jika anda berdua mengambil keputusan untuk membeli kereta kancil contohnya, anda perlu kekal dengan keputusan tersebut dan jangan mengubahnya. Jika anda mengubah keputusan sendiri tanpa persetujuan pasangan, pergaduhan akan berlaku dengan lebih teruk.

6. Jika anda sayangkan pasangan anda, maafkan dia dan lupakan segala kesalahan dia.

7. Jika tiada jalan penyelesaian, anda boleh dapatkan pendapat dari pihak ketiga seperti kaunselor, ibu bapa, kawan rapat atau adik-beradik yang lain. Pastikan anda sentiasa berdua ketika mencari jalan penyelesaian dan terima segala pendapat dengan hati yang terbuka.

Doa Murah Rezeki


Assalammualaikum....
Hari ni sye nak share cikit dengan korang semue mengenai doa murah rezeki..sama-samalah kite boleh amalkan ye,,

~ Ya Allah, murahkanlah Rezeki Bagiku.. ~ Ya Allah... apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya, juga berilah keberkatan ...terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu Amin....


Rabu, 27 Mac 2013

Panduan Menambat Hati Suami

Assalammualaikum...hai,hari nie saye nak kongsi sikit mengenai petua menambat hati sang suami,,ye lah,di zaman moden sekarang nie macam-macam boleh jadi,,isteri  yang prihatin pun kadang kala suami akan pandang lain...nanti isteri juga yang di salahkan kerana x pandai jaga suami,,ye lah,mulut orang mane boleh kite tutup tol x..kalau mulut tempayan boleh lah kite tutup...
kadang-kadang orang kat luar mane tahu masalah kite,yang dorang tahu menuduh tanpa bukti dan bersangka buruk pada sang isteri...
Minta-mainta di jauhkan semua tu,,,amin,,,

Kebahagiaan berumahtangga merupakan impian dan harapan semua pasangan suami isteri. Bukan sahaja kebahagiaan duniawi yang dicari bahkan juga kebahagiaan akhirat sebagaimana keinginan untuk menjadikan rumahku adalah syurgaku. Berikut adalah panduan khusus buat isteri yang solehah...
1. Selalu berdoa agar suami sentiasa menyayangi kita. Bila suami balik dari kerja, tegur dan sentuh suami sebelum kita membuat kerja-kerja lain.

2. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan suami sepanjang hari. ( jika suami dalam mood yang sesuai) Belajar dan berlatihlah untuk mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah suami. Apa yang lebih penting ialah memberi perhatian dan simpati.

3. Luangkan masa yang betul-betul "berkualiti" sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari kepada suami.

4. Tanya ibu mertua, abang atau kakak ipar mengenai hadiah yang disukai oleh suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau untuk memujuk.

5. Beri pujian terhadap penampilan suami.(rambut, wajah, pakaian kacak, kesederhanaan dan seumpamanya).

6. Cepat-cepat pujuk bila suami marah atau berkecil hati. Minta bantuan suami hanya jika sesuai. Sesuai pada masa, tempat dan jenis profesyennya.

7. Elakkan suami dari menunggu terlalu lama terutama bila bersiap.

8. Bila suami memberitahu yang dia akan pulang lewat, ucapkan terima kasih kerana memberitahu. (Lebih baik beritahu dari tidak beritahu langsung )

9. Bila suami meminta bantuan, buatlah dengan serta merta dengan ikhlas dan gembira dengan tidak mengungkit atau banyak komen. ( sesungguhnya Allah sangat gembira perbuatan yang demikian).


10. Ucapkan kata-kata sayang yang romantik pada suami sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Jika kita marah, tunggu hingga sejuk. Bila sudah sejuk beritahu suami apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan sesekali salahkan suami.

11. Bila suami bercakap, beri perhatian sepenuhnya, hentikan apa jua pekerjaan yang sedang dilakukan. ( jika boleh )

12. Bila ingin memesan barang untuk dibeli oleh suami, senaraikannya di atas kertas.Jangan buat suami terpaksa pergi ke kedai 2 atau 3 kali.

13. Tanya suami bila dia ingin berehat atau tidur.

14. Peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak 7 kali sehari.

15. Telefon suami di tempat kerja hanya apabila ada perkara penting/ kecemasan sahaja. Telefonlah dengan lebih kerap apabila suami menggalakkannya.

16. Jika suami perlu menjauhkan diri sekali-sekala, tanya bila dia akan pulang. Fahamilah, dia perlu bersendirian utk berfikir.

17. Jangan ganggu suami ketika dia sedang asyik melakukan sesuatu yg memerlukan penelitian.

18. Jika suami marah, jangan sekali-kali menjawab, hanya tunduk dan diam (walau pun kita tak bersalah ). Terangkan keadaan yang sebenar selepas dia sejuk.

19. Bila meminta bantuan suami : terangkan pada suami dengan jelas mengenai kerja kerja rumah yang perlu bantuan. Beri pilihan kerja yang disukainya. Jangan menyuruh-nyuruh & gunakan perkataan yg sesuai dan lemah lembut.

20. Pesan kepada suami untuk menelefon rumah apabila out-station. Jangan marahi dia jika dia tidak berbuat demikian cuma terangkan akan kerisauan kita apabila tidak mendapat berita.

21. Sentiasalah kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.

22. Sokong pendapat suami kalau pendapatnya berbeza dgn org lain.

23. Peluk dan belai suami sekali-sekala tanpa implikasi seksual.

24. Bila keluar berkereta: Jangan ganggu suami yang sedang memandu ( walau pun ada jalan yg lebih dekat atau kita sendiri boleh memandu dgn baik.).

25. Jangan menunjuk-nunjuk yang kita tahu jalan selagi tidak dipinta berbuat demikian. Jangan berleter bila suami tersalah jalan semasa memandu. Bersangka baik apabila tersesat jalan.

26. Sabar dan tenang bila mendengar cerita atau masalah suami.

27. Jangan tukar-tukar saluran televisyen bila menonton bersama suami.

28. Jaga maruah suami terutama di khalayak ramai dan ikut kehendak suami diketika itu.Segala bantahan boleh dilakukan semasa berdua-duaan.

29. Bila berpegangan tangan, peganglah sebagaimana yg disukai suami.

30. Buatlah air minuman untuk suami tanpa diminta dan tanpa bertanya "Abang nak minum air apa?" atau " Abang nak minum ke?"

31. Bila makan diluar, berilah peluang pada suami untuk memilih tempat / meja mana yang disukai. Tanyakan pada suami bagaimana kita perlu berkelakuan dikhalayak ramai ketika disisinya.

32. Sentiasa bersegera apabila bersiap & jgn tiba-tiba ingin menukar baju yg dipakai.

33. Sentiasa lebihkan suami daripada anak-anak. (jika sesuai)

34. Belikan hadiah-hadiah praktikal dari semasa-ke semasa:- tali pinggang, kasut,cermin mata hitam dan seumpamanya.

35. Beri layanan istimewa pada suami di hari-hari istimewa. Pergi " dating" atau " berbulan madu" sekali sekala.

36. Jika suami melakukan kesalahan / kesilapan, jangan sesekali menempelak atau "pulangkan paku buah keras ".

37. Hantar kad ucap selamat pada hari-hari istimewa.

38. Urut mengurut suami dari semasa ke semasa.

39. Layanlah suami sepertimana kita melayannya semasa baru-baru kenal dahulu.


p/s : tips yg baik boleh kite amalkn sbg bakal isteri kn..bg ku, antara suami atau isteri masing2 perlu menjaga hati kedua belah pihak dan masing2 kene peka kehendak pasangan untuk melahirkan keharmonian rumahtangga..nk mencapai kebahagian itu memerlukan usaha dr kedua belah pihak..












Keluarga Bahagia

Hai,,,Assalammualaikum...
Mule-mule sekali saye nak kenal kn diri empunya blog ini,,,
Name penuh sayae Faeznur Binti Jaafar,,,boleh panggil saye enor atau faez...saye sudah berkahwin,,,




 Inilah saye tuan empunya blog..


Semestinya sudah mempunyai suami...
Suami tercinta saye ialah Samsuri Bin Salleh...
ini dia suami saye,,





Boleh panggil die sham ataupun suri,,tapi saye panggil die ''Papa'',,,
ala-ala manje gitu,,,hahaha...jangan jeles tau...

Ini pulak anak mama yg sulung,,,,
Muhammad Addam Daniel,,,




Nie gambar die dari kecik sampai sekarang...

Nie pulak anak mama yang kedua,,,
Nur Allysha Daniella,,,




Nie pun same gambar dari kecik sampai sekarang,,,
Ini saja lah wat mase ini,,,
nanti ada mase saye post lagi okey,,,,
bye,,,