::A person that truly loves you will never let you go and sad no matter how hard the situation is::
Powered By Blogger

Khamis, 4 April 2013

Nota Cinta Untuk Abang




 Dear Abang,,

Hidup adalah untuk diuji. Ujian itu tidak akan ada hentinya. Selagi kita diuji, selagi itulah kita masih hidup. Jadi bersyukurlah apa yang kita ada pada hari ini. Tidak ada hari tanpa ujian, kerana atas hokum itulah kita hidup dan mati. Apabila berlaku sesuatu tidak diduga, tidak disangka, tidak dipinta…..jangan kecewa, jangan marah, apalagi mencela. Tetapi tanyakanlah diri, apakah maksud segalanya itu berlaku. Ujian itu penting, tetapi bagaimana kita menghadapinya jauh lebih penting. Dalam hidup, peganglah prinsip untuk hidup bahagia. Cemburu itu fitrah. Itu tanda ada cinta. Selagi dalam batas-batas syariat,selagi itulah cemburu itu selamat.Kebahagiaan itu perlu diusaha.Ketenangan itu perlu dicipta.Pernikahaan sesungguhnya adalah ruang istemewa yang Allah bagi untuk kita mencanai cinta dan kasih saying,mengadun kemesraan.Pernikahan adalah wadah bermakna yang Allah sediakan untuk hati-hati merasa kasih sayang terindah untuk suami isteri.Ketenangan yang diinginkan dalam perkahwinan,harus bermula dari lubuk hati kita.Bukankah syaitan punya misi meruntuhkan sesuatu pernikahan?Jika ingin menegur kesilapan pasangan,berusahalah menegur dengan tenang.Jika timbul rasa marah atau tidak puas hati dengan sesuatu isu,luahkan  dan bincangkan dengan tenang bukan dengan membuat sesuatu kesalahan lain.Mempamerkan wajah yang tenang dan senyuman.Melayani abang dengan baik,walaupun abang telah berulang kali melakukan kesalahan dan melukai hati sayang.Keran sayang memilih memaafkan kerana Allah.Ayuh kita bersama mencipta ketenangan,dengan diri kita sendiri yang memulakan memberi kemaafan ,mencari sisi positif bersama,memberi perhatian,terima kekurangan dan kelebihan seadanya,redha dengan kesilapan masa silam,membiasakan kelembutan,kesabaran dan kasih sayang bersama kerana kita menginginkan perkahwinan kita bersama bahagia tanpa dicemari oleh orang ketiga dengan perkataan curang.Jika kita gembira dengan pasangan hidup yang Allah telah takdirkan dengan hidup kita pada waktu ini,bersyukurlah.Berdoalah agar kemanisan ini terus kekal selamanya.Jika kita berduka laradengan jodoh yang ditetapkan Allah,berusahalah lakukan perbaikilah hubungan itu.Dan rawatlah hati-hati itu dengan kesabaran dan keikhlasan .Semoga kita tidak akan menyesal jika kita telah kehilangan ia suatu hari nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan