Assalammualaikum...hai,hari nie saye nak kongsi sikit mengenai petua menambat hati sang suami,,ye lah,di zaman moden sekarang nie macam-macam boleh jadi,,isteri yang prihatin pun kadang kala suami akan pandang lain...nanti isteri juga yang di salahkan kerana x pandai jaga suami,,ye lah,mulut orang mane boleh kite tutup tol x..kalau mulut tempayan boleh lah kite tutup...
kadang-kadang orang kat luar mane tahu masalah kite,yang dorang tahu menuduh tanpa bukti dan bersangka buruk pada sang isteri...
Minta-mainta di jauhkan semua tu,,,amin,,,
Kebahagiaan berumahtangga merupakan impian dan harapan semua pasangan suami
isteri. Bukan sahaja kebahagiaan duniawi yang dicari bahkan juga kebahagiaan
akhirat sebagaimana keinginan untuk menjadikan rumahku adalah syurgaku. Berikut
adalah panduan khusus buat isteri yang solehah...
1. Selalu berdoa agar
suami sentiasa menyayangi kita. Bila suami balik dari kerja, tegur dan sentuh
suami sebelum kita membuat kerja-kerja lain.
2. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan suami
sepanjang hari. ( jika suami dalam mood yang sesuai) Belajar dan berlatihlah
untuk mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat. Jangan tergesa-gesa untuk
menyelesai masalah suami. Apa yang lebih penting ialah memberi perhatian dan
simpati.
3. Luangkan masa yang betul-betul "berkualiti" sekurang-kurangnya 30 minit
setiap hari kepada suami.
4. Tanya ibu mertua, abang atau kakak ipar mengenai hadiah yang disukai oleh
suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau untuk memujuk.
5. Beri pujian terhadap penampilan suami.(rambut, wajah, pakaian kacak,
kesederhanaan dan seumpamanya).
6. Cepat-cepat pujuk bila suami marah
atau berkecil hati. Minta bantuan suami hanya jika sesuai. Sesuai pada masa,
tempat dan jenis profesyennya.
7. Elakkan suami dari menunggu terlalu lama terutama bila bersiap.
8.
Bila suami memberitahu yang dia akan pulang lewat, ucapkan terima kasih kerana
memberitahu. (Lebih baik beritahu dari tidak beritahu langsung )
9. Bila suami meminta bantuan, buatlah dengan serta merta dengan ikhlas dan
gembira dengan tidak mengungkit atau banyak komen. ( sesungguhnya Allah sangat
gembira perbuatan yang demikian).
10. Ucapkan kata-kata sayang yang
romantik pada suami sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Jika kita marah, tunggu
hingga sejuk. Bila sudah sejuk beritahu suami apa yang mengganggu fikiran secara
sopan. Jangan sesekali salahkan suami.
11. Bila suami bercakap, beri perhatian sepenuhnya, hentikan apa jua pekerjaan
yang sedang dilakukan. ( jika boleh )
12. Bila ingin memesan barang untuk
dibeli oleh suami, senaraikannya di atas kertas.Jangan buat suami terpaksa pergi
ke kedai 2 atau 3 kali.
13. Tanya suami bila dia ingin berehat atau
tidur.
14. Peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak 7 kali sehari.
15.
Telefon suami di tempat kerja hanya apabila ada perkara penting/ kecemasan
sahaja. Telefonlah dengan lebih kerap apabila suami menggalakkannya.
16. Jika suami perlu menjauhkan diri sekali-sekala, tanya bila dia akan pulang.
Fahamilah, dia perlu bersendirian utk berfikir.
17. Jangan ganggu suami
ketika dia sedang asyik melakukan sesuatu yg memerlukan penelitian.
18.
Jika suami marah, jangan sekali-kali menjawab, hanya tunduk dan diam (walau pun
kita tak bersalah ). Terangkan keadaan yang sebenar selepas dia sejuk.
19. Bila meminta bantuan suami : terangkan pada suami dengan jelas mengenai
kerja kerja rumah yang perlu bantuan. Beri pilihan kerja yang disukainya. Jangan
menyuruh-nyuruh & gunakan perkataan yg sesuai dan lemah lembut.
20. Pesan kepada suami untuk menelefon rumah apabila out-station. Jangan marahi
dia jika dia tidak berbuat demikian cuma terangkan akan kerisauan kita apabila
tidak mendapat berita.
21. Sentiasalah kemas, anggun dan wangi sebelum
tidur bersama.
22. Sokong pendapat suami kalau pendapatnya berbeza dgn
org lain.
23. Peluk dan belai suami sekali-sekala tanpa implikasi seksual.
24. Bila
keluar berkereta: Jangan ganggu suami yang sedang memandu ( walau pun ada jalan
yg lebih dekat atau kita sendiri boleh memandu dgn baik.).
25. Jangan menunjuk-nunjuk yang kita tahu jalan selagi tidak dipinta berbuat
demikian. Jangan berleter bila suami tersalah jalan semasa memandu. Bersangka
baik apabila tersesat jalan.
26. Sabar dan tenang bila mendengar cerita atau masalah suami.
27. Jangan
tukar-tukar saluran televisyen bila menonton bersama suami.
28. Jaga
maruah suami terutama di khalayak ramai dan ikut kehendak suami diketika
itu.Segala bantahan boleh dilakukan semasa berdua-duaan.
29. Bila berpegangan tangan, peganglah sebagaimana yg disukai suami.
30.
Buatlah air minuman untuk suami tanpa diminta dan tanpa bertanya "Abang nak
minum air apa?" atau " Abang nak minum ke?"
31. Bila makan diluar,
berilah peluang pada suami untuk memilih tempat / meja mana yang disukai.
Tanyakan pada suami bagaimana kita perlu berkelakuan dikhalayak ramai ketika
disisinya.
32. Sentiasa bersegera apabila bersiap & jgn tiba-tiba ingin menukar baju yg
dipakai.
33. Sentiasa lebihkan suami daripada anak-anak. (jika
sesuai)
34. Belikan hadiah-hadiah praktikal dari semasa-ke semasa:- tali
pinggang, kasut,cermin mata hitam dan seumpamanya.
35. Beri layanan istimewa pada suami di hari-hari istimewa. Pergi " dating" atau
" berbulan madu" sekali sekala.
36. Jika suami melakukan kesalahan /
kesilapan, jangan sesekali menempelak atau "pulangkan paku buah keras
".
37. Hantar kad ucap selamat pada hari-hari istimewa.
38. Urut mengurut suami dari semasa ke semasa.
39. Layanlah suami
sepertimana kita melayannya semasa baru-baru kenal dahulu.
p/s : tips yg baik boleh kite amalkn sbg bakal
isteri kn..bg ku, antara suami atau isteri masing2 perlu menjaga hati kedua
belah pihak dan masing2 kene peka kehendak pasangan untuk melahirkan keharmonian
rumahtangga..nk mencapai kebahagian itu memerlukan usaha dr kedua belah pihak..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan